Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. Foto Amirah Shawel (TVS)

Jumlah pingat emas, acara dipertanding SUKMA Sarawak dimuktamad Mac ini – Abdul Karim

ByAmirah Shawel

KUCHING, 19 Feb: Jumlah keseluruhan pingat emas serta acara yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 Sarawak dijangka akan dimuktamadkan pada bulan depan.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, perincian itu akan dimaklumkan sekitar pelancaran SUKMA kelak oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Masih terlalu awal untuk menentukan jumlah pingat emas dan acara yang bakal dipertandingkan kerana belum dimuktamadkan, memandangkan hanya akan diketahui selepas pendaftaran (peserta) ditutup,” katanya ketika dihubungi TVS.

Sarawak dipilih sebagai tuan rumah temasya SUKMA 2024 sekali gus akan menganjurkannya buat kali ketiga selepas edisi 1990 dan 2016.

Sebelum ini, Abdul Karim memaklumkan temasya sukan terbesar negara itu akan diadakan dari 17 hingga 24 Ogos di sembilan bahagian di Sarawak.

Bahagian-bahagian tersebut ialah Kuching, Samarahan, Sri Aman, Serian, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu, dan Miri. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan