Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim (duduk, kiri) merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Mutang Tagal yang dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara hari ini. Foto Anwar Ibrahim (Facebook)

Anwar ucap tahniah pelantikan Mutang Tagal sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara baharu

ByBernama

KUALA LUMPUR, 19 Feb: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Mutang Tagal yang dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara yang ke-20, hari ini.

Menerusi perkongsian di Facebook beliau, Anwar berharap bekas Ahli Parlimen Bukit Mas itu dapat menjalankan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin.

Mutang Tagal dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara ke-20

Menurut Anwar, pelantikan Mutang yang berasal dari Lawas, mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pemimpin pertama dari etnik Lun Bawang dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara.

“Pelantikan ini juga membuktikan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam mengiktiraf dan memastikan ruang suara, pandangan dan perwakilan daripada setiap kalangan rakyat, termasuk Orang Ulu di Parlimen,” katanya.

Mutang Tagal tekad teruskan agenda transformasi Parlimen

Mutang menggantikan Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang meletakkan jawatannya sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara dan kemudian dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada 26 Jan lepas.

Pada Mesyuarat Khas Penggal Kedua Parlimen ke-15 Dewan Negara yang berlangsung hari ini, Anwar mengemukakan nama Mutang yang merupakan calon tunggal sebagai cadangan nama ahli untuk dipilih ke jawatan itu.

Mutang, 69, yang pernah menjadi Ahli Parlimen Bukit Mas dari 1982 hingga 1990, memiliki Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Curtin University dan kini menjawat beberapa jawatan, antaranya Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Orang Ulu (OUCCI), Penasihat Undang-undang Persatuan Lun Bawang Sarawak dan Naib Presiden Persekutuan Perniagaan Sarawak (SBF). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan