Search
Close this search box.
Daeloniel Mcdelon Bong selepas pertarungan menentang petinju Bangladesh, Resatul Mahmud Saji pada Kejohanan Path To Glory Feather Weight di Dhaka, semalam. Foto, Daeloniel Mcdelond Bong.

Kilat Boy tempah slot ke Kejohanan Tinju Dunia (WBC) Asia

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 18 Feb: Petinju sensasi Sarawak, Daeloniel Mcdelon Bong berjaya merebut slot untuk beraksi pada Kejohanan Tinju Dunia (WBC) Asia, April ini.

Atlet kelahiran Sri Aman yang dikenali sebagai Kilat Boy itu memperolehi peluang keemasan berkenaan apabila seri dalam pertarungan pada Kejohanan Tinju Profesional Path To Glory Feather Weight di Dhaka, Bangladesh semalam.

Kilat boy selamat tiba di Bangladesh untuk pertarungan profesional

Daelonial yang tampil dalam kejohanan profesional pertamanya musim ini dicabar hebat oleh wakil tuan rumah Resatul Mahmud Sajin yang menerima sokongan padu penyokongnya sepanjang enam pusingan.

“Alhamdulilah saya masih layak untuk merebut gelaran WBC Asia kerana keputusan seri itu tidak menjejaskan ranking dan rating saya.

Petinju Sarawak juara kejohanan tinju profesional di Pakistan

“Dalam tinju profesional, terdapat tiga jenis keputusan iaitu kalah, menang dan seri dan ia membawa markah yang berbeza,” katanya ketika dihubungi TVS di sini, hari ini.

Pada 2022, Daelonial meraih gelaran profesional sulungnya apabila menjuarai Kejohanan Tinju Profesional Pakistan.

Kilat boy ikrar bawa pulang kejuaraan Asia ke Sarawak

Rekod cemerlangnya diteruskan pada Oktober tahun lepas apabila menang kategori 45 kilogram (kg) Bantam Weight pada pada Kejohanan Tinju Persekutuan Asia 2023 di Thailand.

Sementara itu, juara Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 itu berkata, dia kini meletakkan sasaran untuk berada dalam kelompok ‘ranking’ terbaik Asia dan dunia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan