Search
Close this search box.
Datuk Seri Tiong King Sing memuji kepimpinan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang memimpin untuk semua kaum, bangsa dan agama di Sarawak. Foto UKAS

Kepelbagaian kaum raikan TBC bersama bukti kepimpinan Premier

ByMuqri Aziz

BINTULU, 18 Feb: Kepelbagaian kaum di Sarawak tanpa mengira bangsa dan agama yang meraikan Tahun Baharu Cina (TBC) di Majlis Rumah Terbuka anjuran Parti Demokratik Progresif (PDP) jelas membuktikan kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg adalah pemimpin untuk semua kaum.

Presidennya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, ini kerana beliau boleh memimpin untuk semua orang dan menyatupadukan semua warga Sarawak serta mengekalkan perpaduan yang telah lama dikecapi.

“Kami di Parti PDP dengan berkat sokongan semua sentiasa menyokong kepimpinan anda (Abang Johari) bagi mengekalkan perpaduan serta jalinan kerjasama bagi mencapai konsensus bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2024 anjuran PDP di Dewan Suarah di sini, hari ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Timbalan Presiden PDP, Datuk Henry Harry Jinep, Naib Presiden 1 PDP Datuk Penguang Manggil, Setiausaha Agung PDP Datuk Anyi Ngau serta pemimpin-pemimpin PDP serta GPS.

King Sing yang juga Ahli Parlimen Bintulu itu turut berterima kasih kepada Abang Johari kerana telah meluluskan beberapa projek bagi membangunkan serta memajukan kawasan Bintulu setelah dipohon oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu, Johnny Pang Leong Ming semasa Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran DUN Tanjung Batu dan SUPP Cawangan Bintulu Khamis lepas.

“Pada ketika itu, saya tidak dapat bersama dengan Johnny Pang untuk memohon perkara itu atas sebab terpaksa menghadiri mesyuarat di Kuala Lumpur dan terima kasih Premier Sarawak kerana meluluskan permohonan itu.

“Anda telah memberikan banyak projek sokongan kepada kami dengan membangunkan dewan baharu dan hari ini telah menjadi satu kenyataan dan akan disiap tidak lama lagi,” katanya lagi.

Khamis lalu, Abang Johari telah meluluskan permohonan bagi membina Dewan Serbaguna dan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Assyakirin yang melibatkan peruntukan sekitar RM27 juta.

Johnny Pang percaya pembinaan dewan serbaguna di sini akan mencipta lebih banyak pencapaian melibatkan golongan belia pada masa hadapan terutamanya dalam bidang sukan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan