Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi semasa Program Kuching Bebas Kereta Pagi di Tugu Pahlawan, Kuching hari ini. Foto TVS

DBKU sasar jadikan bandaraya Kuching rendah karbon agenda utama

KUCHING, 18 Feb: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menyasarkan mahu menjadikan bandaraya Kuching rendah karbon selari dengan usaha Kerajaan Sarawak ke arah matlamat berkenaan.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, usaha tersebut telah bermula sejak 2021 dengan kerjasama pihak Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

“Kita berusaha untuk memastikan bahawa program Kuching Car Free Morning ini menjadi agenda utama pihak DBKU untuk membantu Kerajaan Sarawak memastikan bahawa bandaraya Kuching menjadi bandaraya yang rendah karbon,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Program Kuching Bebas Kereta Pagi di Tugu Pahlawan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, katanya, wakil pengurusan perlu ada untuk pengoperasian perniagaan bazaar secara kecil-kecilan di sesebuah kawasan  bagi memainkan peranan memastikan pengoperasian perniagaan tersebut mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan.

“Garis panduan utama yang ditekankan oleh pohak DBKU dan MBKS adalah dari aspek kebersihan, lokasi yang tidak menghalang lalu lintas serta mematuhi arahan-arahan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Majlis Keselamatan Negara (MKN),” ujarnya. – TVS

 

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan