Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bercakap pada sidang media selepas merasmikan Loji Bekalan Air Tanjung Manis dan Program Pemimpin Bersama Rakyat di sini, hari ini. Foto TVS

RADDA laksana pertanian ‘multi-sector’ di Tanjung Manis – Abang Johari

ByFebbright James

TANJUNG MANIS, 17 Feb: Pembangunan pertanian yang dilaksanakanĀ Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA) di kawasan Tanjung Manis bersifat ‘multi-sector’, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut beliau pembangunan sektor pertanian di sini tidak hanya tertumpu kepada padi sahaja namun turut merangkumi komoditi lain.

ā€œProjek yang dipertimbangkan RADDA unruk sektor pertanian tidak semestinya padi sahaja. Ada beberapa komponen lain iaitu nanas yang sememangnya ada di kawasan ini. Kemudian perniagaan karbon kerana difahamkan kawasan ini banyak pokok bakau.

ā€œKita juga akan mengeluarkan lumut disini untuk penghasilan bahan api penerbangan mampan. Saya rasa ini akan menjadi multi-sector kerana kita sudah ada bekalan asas seperti air, elektrik dan jalan raya,ā€ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Loji Bekalan Air Tanjung Manis dan Program Pemimpin Bersama Rakyat di sini hari ini.

Abang Johari memberitahuĀ seluruh kawasan di bawah RADDA akan bersepadu dan kesalinghubungan dengan adanya jalan Batang Lasak dan Batang Paloh.

ā€œSeluruh kawasan RADDA termasuk kawasan Igan, Daro, Mukah. Jadi ianya akan bersepadu. Saya memberi kuasa kepada RADDA dan wakil rakyat untuk menilai industri yang boleh dibangunkan,ā€ ujarnya.

Abang Johari menambah Paloh juga dikenal pasti sebagai tempat untuk industri yang memerlukan tenaga kerja mahir.

Sementara itu, Abang Johari berkata Universiti Teknologi Sarawak (UTS) di Sibu dilihat mampu menghasilkan tenaga mahir sesuai dengan keperluan teknologi dan semasa unruk membangun kawasan RADDA. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan