Search
Close this search box.
Tiong Yong Soon yang dilaporkan hilang kali kedua. Foto IPD Sibu

Polis mohon bantuan kesan lelaki OKU hilang kali kedua di Sibu

SIBU, 17 Feb: Polis memohon bantuan orang ramai untuk membantu mengesan seorang lelaki kurang upaya (OKU) yang disyaki hilang sejak 5 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata Orang Hilang (OH) iaitu Tiong Yong Soon, 53, dilihat kali terakhir oleh ibunya berada di bilik tidur kediaman mereka di Ulu Sungai Merah pada jam 1.30 pagi hari tersebut.

“Berdasarkan laporan polis, ibu mangsa, Ting Sii Ling, 80, cuba mencari anaknya di sekitar kawasan perumahan dan pasar Sibu namun gagal,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, katanya Yong Soon pernah dilaporkan hilang pada 20 Julai 2023 namun berjaya pulang sendiri ke rumah pada 5 Ogos tahun lalu.

Yong Soon mempunyai masalah psikiatri berketinggian 167 sentimeter (cm), berat badan 50 kilogram (kg), berbadan sederhana, berambut botak dan mempunyai parut pada bahagian kiri kepala (kesan pembedahan).

Laporan polis telah dibuat pada 6 Februari lalu oleh ibu lelaki berkenaan dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat, diminta menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Minggu Morziri di talian 014-2913703 atau Balai Polis Sungai Merah di talian 084-217901-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan