Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof Foto: Fadillah Yusof (FB)

PETRA sedia jalin kerjasama dengan EU perkukuh peralihan tenaga negara – TPM Fadillah

ByRegina Lee

KUCHING, 17 Feb: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) sedia untuk menjalinkan kerjasama dengan  Kesatuan Eropah (EU) dalam sektor peralihan tenaga untuk mencapai sasaran karbon sifar bersih menjelang 2050.

PETRA sedia jalin kerjasama dengan EU.

Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan kemasukan teknologi baharu antara bidang yang berpotensi untuk dijalin kerjasama dua hala antara EU dan Malaysia.

“Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengamanahkan saya untuk mencari kerjasama di peringkat global khususnya dalam aspek teknologi baharu, R&D, cara untuk mengurangkan pelepasan karbon negara serta campuran tenaga baharu yang dilakukan.

“EU merupakan negara maju dan ke depan dari segi peralihan tenaga dan inisiatif karbon, jadi saya percaya ini antara salah satu bidang yang perlu kita usahakan,” katanya pada majlis makan tengah hari bersama delegasi EU di Damai Lagoon Resort, hari ini.

Fadillah menambah proses dalaman seperti ‘brainstorming’ berkaitan kerjasama akan dilakukan oleh kementeriannya dan beliau turut menjemput para delegasi EU untuk mengambil bahagian dalam perbincangan tersebut.

Beliau mendedahkan kerjasama itu bukan sahaja memberi manfaat kepada negara tetapi juga memperkasakan Grid Tenaga Asean (APG) di rantau ini selain menawarkan peluang perniagaan kepada EU.

“Kita bukan sahaja bercakap mengenai Malaysia, tetapi limpahan manfaat kepada APG yang menghubungkan seluruh ASEAN dalam pembangunan tenaga di Asia Tenggara,” katanya lagi.

Terdahulu, delegasi EU itu telah melakukan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia semalam. – TVS

Tags: EU, PETRA, tenaga

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan