Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengadakan lawatan ke tapak projek naik taraf Jalan Matang, Kuching, hari ini. Foto MIPD

Pelaksanaan projek infrastruktur terus dipantau, pastikan siap ikut jadual

KUCHING, 17 Feb: Sebanyak 50 projek yang pernah tergendala dan kini disambung semula pelaksanaannya kepada kontraktor penyelamat berada di bawah pemantaun rapi.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (MIPD) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) akan sentiasa memeriksa kemajuan pelaksanaan projek.

Justeru, beliau mengingatkan para kontraktor agar mematuhi jadual pelaksanaan projek agar tarikh siap yang ditetapkan dipatuhi, sekali gus rakyat dapat menikmati kemudahan tersebut.

“Jika mereka gagal (menyiapkan), JKR akan mengeluarkan notis penamatan kontrak. Ini adalah bagi memastikan projek infrastruktur dapat siap seperti dijadualkan,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika melakukan pemeriksaan projek pembesaran Jalan Matang di sini, hari ini, yang juga diserahkan kepada kontraktor penyelamat setelah kontraktor asal gagal menyiapkannya.

Uggah berkata lagi, beliau dan dua timbalan menterinya, Datuk Majang Renggi dan Datuk Aidel Lariwoo serta Pengarah JKR Datu Richard Tajan telah berbahagi tugas pemantauan projek.

“Kita bahagi-bahagikan tugas supaya dapat meliputi lebih banyak kawasan. Harapan kita menjelang April ini kita sudah tahu tentang kemajuan projek-projek ini.

“Kita tidak mahu apabila menyerahkan projek ‘sakit’ kepada kontraktor penyelamat tetapi kemudiannya projek berkenaan masih juga ‘sakit’,” katanya.

Mengenai projek pembesaran Jalan Matang, beliau gembira dengan kemajuan pelaksanaan projek bernilai RM54.5 juta yang dijadual siap pada Mei 2025.

Jalan yang kini dua lorong akan dinaik taraf ke empat lorong sepanjang 4.4 kilometer. Projek itu kini 0.86 peratus mendahului jadual.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan