Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong foto: Facebook Pandelela Rinong

Pandelela jelas isu entiti, media salah tafsir

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 17 Feb: Ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong hari ini menjelaskan isu ‘entiti’ berhubung perkataan itu telah disalah tafsir oleh media sehingga menimbulkan spekulasi dan salah faham banyak pihak.

“Perkara ini berkaitan dengan latihan namun ia telah ditafsirkan sebagai ‘pihak ketiga’ yang telah mengelirukan orang ramai.

“Saya tidak mempunyai sebarang platform lain untuk menjelaskan perkara ini kepada orang ramai. Oleh itu telah memutuskan untuk membuat kenyataan ini bagi menjelaskan keadaan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya sebentar tadi.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan bahawa kegagalannya melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, yang dijadualkan berlangsung dari 26 Julai-11 Ogos belum dapat dihuraikan.

“Saya belum dapat menghuraikan perkara ini tanpa terlebih dahulu berjumpa dengan pihak berkaitan untuk menjalankan ‘post-morterm’,” jelasnya turut mengambil pendekatan serupa berhubung prestasi pasukan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan