Search
Close this search box.
Awang Tengah ketika mengadakan kunjungan rumah terbuka Tahun Baru Cina, di kediaman Penghulu Liaw Soon Teck di Trusan Lawas. Foto: TVS

Kepimpinan baharu tidak jejas hubungan diplomatik Indonesia, Sarawak – Awang Tengah

LAWAS, 17 Feb: Kerajaan Sarawak komited menjalin kerjasama dengan Indonesia termasuk membangunkan bandar sempadan di Long Bawan Lawas meskipun kepimpinan baharu bakal menerajui Republik berkenaan selepas ini.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali berkata Long Bawan di sempadan Ba’ Kelalan harus dibangunkan bagi memenuhi trafik perdagangan masa hadapan antara Sarawak dan Kalimantan.

“Sebenarnya Sarawak mempunyai hubungan yang rapat dengan Indonesia, bukan saja antara kerajaan dengan kerajaan, tetapi dengan rakyat itu sendiri.

“Bagi kita di kawasan utara ini kita bersempadan Long Bawan di Ba’ Kelalan dan itu adalah satu kawasan yang mempunyai potensi untuk kita bangunkan, untuk perdagangan sempadan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pertandingan Presiden (Pilpres) dan Pilihan Raya Umum Indonesia (Pemilu) 2024 yang sedang berlangsung di Indonesia pada masa ini pada kunjungan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di kediaman Penghulu Liaw Soon Teck pada Sabtu.

Awang Tengah yang juga Menteri Sumber Asli Dan Pembangunan Bandar dan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak itu berkata lagi tumpuan untuk menubuh dan membangunkan bandar sempadan dengan Indonesia termasuk Ba’ Kelalan sememangnya tepat pada masanya.

Jelasnya Lawas akan mendapat manfaat pemindahan ibu kota Indonesia ke Nusantara di Kalimantan.

Beliau berkata di Sarawak, Ba’ Kelalan adalah persimpangan terdekat ke Nusantara melalui bandar sempadan Indonesia Long Bawan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan