Search
Close this search box.
Dua rentung dalam kebakaran rumah sewa di Fortune Park, Lorong Kuini, Jalan Tanjung Batu, Bintulu, awal pagi tadi. JBPM Sarawak

Dua rentung kebakaran rumah sewa di Bintulu

BySafri Ali

BINTULU, 17 Feb: Dua rentung dalam kebakaran rumah sewa di Fortune Park, Lorong Kuini, Jalan Tanjung Batu di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa yang rentung seorang kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 12 tahun dan warga Filipina dikenali Marites berusia 40 tahun.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 4.05 pagi dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan dua buah rumah teres, struktur kekal dua tingkat. Rumah pertama terbakar keseluruhan manakala rumah kedua terbakar 20 peratus.

“Dua mangsa yang rentung terperangkap di tingkat atas rumah pertama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak bomba bertindak membuat pemadaman menggunakan konsep RECEO, secara offensive dan defensive, operasi pemadaman menggunakan sumber air dari pili bomba, satu aliran 300 kaki dua nozel dan satu aliran salur bantu mula.

“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 4.43 pagi. Kerja-kerja overhaul dijalankan untuk memastikan tiada lagi punca-punca nyalaan.

“Pihak bomba berjaya menjumpai dua orang mangsa dalam bilik tingkat atas. Pasukan bomba membuat kerja-kerja mengeluarkan mangsa dari serpihan runtuhan yang terperangkap dan diserahkan kepada pihak polis dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya.

Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan