Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg melawat ke sawah padi yang diusahakan Paddyhead Sdn Bhd di Belawai sejurus meninggalkan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Majlis Perasmian Loji Bekalan Air Tanjung Manis, hari ini. Foto Awang Azmil (TVS)

Delta Rajang berpotensi jadi sawah padi seluas 500 hektar – Abang Johari

ByFebbright James

TANJUNG MANIS, 17 Feb: Kawasan Delta Rajang berpotensi diusahakan sawah padi seluas 500 hektar, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari.

Beliau optimis kawasan berkenaan sesuai dijadikan penanaman padi sejurus penyelidikan berterusan dilakukan selain kerjasama daripada masyarakat setempat serta pihak swasta.

Sarawak teliti pembangunan 500 hektar sawah padi di Delta Rajang.

“Kini sudah ada kajian dilakukan di sini antara penduduk kampung dan pihak swasta untuk mengeluarkan benih padi yang boleh dijual mungkin dua kali setahun.

“Kalau ini berjaya, bermakan terdapat 500 hektar tanah yang boleh mengeluarkan padi. Kita sudah ada bekalan asas seperti air, jalan dan elektrik. Satu hektar boleh mengeluarkan lapan tan metrik beras dan kalau kita bangunkan 500 hektar tanah ianya akan mengeluarkan 40,000 tan metrik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Loji Bekalan Air Tanjung Manis di sini, pada Sabtu.

Abang Johari dalam pada itu mendedahkan Kerajaan Persekutuan sebelum ini telah mengumumkan harga lantai bagi padi iaitu RM1300 per tan metrik manakala Kerajaan Sarawak akan menambah RM500 menjadikan harga lantai padi di Sarawak ialah RM1800.

Sekiranya projek penanaman padi ini berhasil di kawasan tersebut, Abang Johari berkata ia sekali gus menjana pendapatan yang lumayan dalam kalangan petani di sini.

Terdahulu, Abang Johari turut berkesempatan melawat serta mendengar taklimat di sawah padi milik Paddyhead di Belawai selepas Majlis Perasmian Loji Air Tanjung Manis dan Program Pemimpin Bersama Rakyat di sini.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan