Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan ditemui pemberita pada Majlis Penyampaian Cek Pampasan Tanah bagi Projek Pembangunan Pengangkutan Awam dan Transit Aliran Autonomi (ART) - Sungai Batu Depot, di Kuching, hari ini. Foto Ahmad Nasrullah (TVS)

Yang di-Pertua Dewan Negara, GPS hantar satu nama – Awang Tengah

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 16 Feb: Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengemukakan satu nama daripada gabungan itu bagi mengisi jawatan Yang di-Pertua Dewan Negara ke-20, kata timbalan pengerusinya, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak menunggu keputusan yang diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Iskandar berkaitan pelantikan Yang di-Pertua Dewan Negara yang baharu selepas ini bagi menggantikan Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang meletak jawatan bulan lalu.

“Kita tunggu acara angkat sumpah nanti. Kita tunggulah kerana kita sudah serahkan (nama), jadi kita tunggu sahaja, tidak lama lagi,” kata beliau.

Timbalan Premier Sarawak itu berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Penyampaian Cek Pampasan Tanah bagi Projek Pembangunan Pengangkutan Awam dan Transit Aliran Autonomi (ART) – Sungai Batu Depot, di sini, pada Jumaat.

Awang Tengah yang sekali lagi mengesahkan bahawa GPS telah menghantar nama calonnya namun begitu enggan mendedahkan secara terperinci butiran calon tersebut.

“Kita hantar satu sahaja nama, kita tunggulah,” ujar beliau ringkas ketika diminta mengulas berkaitan laporan beberapa media tempatan mengenai spekulasi bekas Ahli Parlimen Bukit Mas, Datuk Mutang Tagal dan bekas Menteri Pelancongan, Tan Sri Dr Muhammad Leo Toyad Abdullah antara nama yang disebut sebagai barisan calon bagi menjawat kerusi panas tersebut.

Selain Mutang dan Dr Muhammad Leo, laporan itu turut mendedahkan bahawa bekas Menteri Luar, Tan Sri Anifah Aman turut disebut bagi mengisi kekosongan jawatan berkenaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan