Search
Close this search box.
Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama delegasi Duta Kesatuan Eropah di Astana Negeri, hari ini. Foto Aziz Soleh (TVS)

Tun Dr Wan Junaidi terima kunjungan hormat delegasi Kesatuan Eropah

ByOdleen Catherny

KUCHING, 16 Feb: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Duta Kesatuan Eropah (EU) di Astana Negeri.

Kunjungan itu diketuai Duta Besar EU ke Malaysia, Michalis Rokas.

Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama delegasi Duta Kesatuan Eropah di Astana Negeri, hari ini. Foto Aziz Soleh (TVS)

Kunjungan tersebut disertai 15 duta EU yang lain dan sesi pertemuan berlangsung sekitar satu jam.

Rokas dan delegasi EU turut dijadual mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

Seramai 23 orang delegasi daripada EU berada di Sarawak bagi melakukan lawatan kerja rasmi selama lima hari di negeri ini bermula Selasa.

Pada Rabu, lebih 100 delegasi terdiri daripada diplomat dari negara-negara EU dan wakil syarikat EU menghadiri forum EU-Malaysia Business Day 2024 bertemakan ‘Sarawak in Focus’ di Auditorium Muzium Budaya Borneo.

Pada majlis itu, Rokas berkata acara Hari Perniagaan yang diadakan buat julung kalinya, adalah untuk mencari peluang kerjasama dalam bidang yang mewujudkan masa depan mampan untuk semua orang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan