Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama delegasi Kesatuan Eropah semasa kunjungan hormat di Wisma Bapa Malaysia, Kuching, hari ini. Foto TVS

Tenaga baharu, digital antara bidang EU dan Sarawak ingin jalin kerjasama

BySheera Abg Mansor

KUCHING, 16 Feb: Tenaga hijau dan pendigitalan merupakan antara bidang yang berpotensi untuk dijalinkan kerjasama antara Kesatuan Eropah (EU) dan Sarawak.

Duta Besar Delegasi EU ke Malaysia, Michalis Rokas berkata, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menunjukkan minat menjalinkan kerjasama dengan EU terutamanya pemindahan teknologi, pendidikan dan pertukaran dalam tenaga hijau yang mampan.

Tenaga baharu, digital tarikan EU di Sarawak | TVS

“Pertama sekali yang terlintas di fikiran ialah visi Premier Sarawak menerusi Pelan Pembangunan Pasca COVID-19 untuk tahun 2030 dan pelan tindakan digitalisasi serta peralihan tenaga hijau.

“Selain itu, tenaga baharu seperti bahan api penerbangan mampan, ketersambungan dan pendigitalan yang sangat penting kepada Sarawak turut menjadi keutamaan kami,” katanya semasa sidang media selepas melakukan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Kumpulan Ambank Tan Sri Mohd Nor Mohd Yusof. Foto TVS.

Menurutnya lagi, EU mempunyai dasar baharu untuk mempelbagaikan rakan kongsi di seluruh dunia bagi mewujudkan perkongsian lestari baharu memandangkan mereka mempunyai teknologi terkemuka dalam bidang ini.

Sehubungan dengan itu, Rokas memaklumkan bahawa pihaknya akan mengadakan perbincangan susulan bersama kementerian dan pelbagai agensi di Sarawak.

Terdahulu Premier Sarawak turut menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Kumpulan Ambank Tan Sri Mohd Nor Mohd Yusof.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan