Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berucap pada Majlis Penyampaian Cek Pampasan Tanah bagi Projek Pembangunan Pengangkutan Awam dan Transit Aliran Autonomi (ART) - Sungai Batu Depot, di Kuching, hari ini. Foto: Ahmad Nasrullah (TVS)
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berucap pada Majlis Penyampaian Cek Pampasan Tanah bagi Projek Pembangunan Pengangkutan Awam dan Transit Aliran Autonomi (ART) - Sungai Batu Depot, di Kuching, hari ini. Foto: Ahmad Nasrullah (TVS)

PCDS 2030 selari pendekatan Kesatuan Eropah (EU) – Awang Tengah

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 16 Feb: Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS 2030) yang mensejahterakan rakyat secara menyeluruh disifatkan selari dengan pendekatan Kesatuan Eropah (EU).

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata perkara itu didedahkan duta delegasi EU ketika menyampaikan Ucaptama di EU–Malaysia Business Day 2024 di sini pada Rabu lepas.

“Bukan sahaja kita dapat mempertingkatkan aktiviti ekonomi konvensional tetapi juga kita sekarang ini sudah mula menerokai ekonomi baru, ekonomi hijau dan ekonomi sekular serta pengeluaran hidrogen,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Cek Pampasan Tanah bagi Projek Pembangunan Pengangkutan Awam dan Transit Aliran Autonomi (ART) – Sungai Batu Depot, di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri dan Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Mengulas lanjut, pendekatan berkenaan menyaksikan Sarawak merupakan negeri yang pertama menggubal Ordinan Hutan negeri yang bagi tujuan menambah baik pengurusan hutan dan sumber aslinya.

“Kita merupakan (negeri) yang pertama di Malaysia ini yang menggubal Ordinan Hutan.

“Kita juga gubal Kanun Tanah Negeri (NCR) untuk terlibat dalam menerajui aktiviti perdagangan, penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS). Kita dilihat ke depan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan