Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berucap semasa Majlis Graduasi Pusat Intervensi Awal Sehenti (OSEIC) Sarawak di Hotel Waterfront di Kuching pada Jumaat. Foto TVS

OSIEC bantu intervensi seorang kanak-kanak berkeliaran di Padungan

KUCHING, 16 Feb: Nasib seorang kanak-kanak yang ditemui berkeliaran seorang diri di sekitar kawasan Padungan pada minggu lalu mendapat perhatian Pusat Intervensi Awal Sehenti (OSEIC).

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah, OSEIC membantu kanak-kanak malang berusia 7 tahun itu ditemui pada 12 Februari lepas menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) agensi itu.

Fatimah memberitahu anak-kanak itu telah dibawa untuk pemeriksaan kesihatan dan telah dimasukkan ke wad PAED untuk pemeriksaan dan diagnosis lanjut daripada pakar perubatan.

Fatimah berkata pihak OSIEC akan memberikan perkhidmatan yang percuma kepadanya berikutan mendapati kanak-kanak itu dilahirkan daripada keluarga yang kurang berkemampuan.

“Kita mahu melihat intervensi tahap apa yang kanak-kanak itu ada dan kita akan berikan bantuan secara percuma melalu CSR.

“Pihak kebajikan akan membantu kalau perlu membantu misalnya dari segi bantuan bulanan untuk keluarga ini,” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas Majlis Graduasi Pusat Intervensi Awal Sehenti (OSEIC) Sarawak di Hotel Waterfront di Kuching pada Jumaat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan