Search
Close this search box.
Keadaan di salah satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ketika ini

Banjir: Mangsa di PPS Dewan Masyarakat Stapok meningkat 135 orang

ByFarah Diyana Samsuddin

KUCHING, 16 Feb: Jumlah mangsa banjir yang berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Masyarakat Stapok meningkat kepada 135 orang berbanding 20 mangsa sebelum ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) memaklumkan angka itu merangkumi seramai 175 mangsa banjir daripada 49 keluarga ditempatkan di tiga PPS di Kuching dan Bau setakat jam 5 petang tadi.

Sementara, bagi PPS lain seperti Dewan R.Piang, Kampung Sinar Budi Baru dan Dewan Kg. Segong dilaporkan kekal, tiada penambahan mangsa.

Setakat berita ini ditulis, tiga kawasan terjejas banjir di daerah Kuching dan Bau adalah di Kampung Sinar Budi, Desa Wiran Lorong Si dan Kampung Segong. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan