Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (empat dari kiri) menyampaikan cek pampasan projek pembangunan depot Transit Aliran Autonomi (ART) Sungai Batu, Santubong kepada salah seorang penerima hari ini.

70 pemilik tanah terlibat projek depot ART Sungai Batu terima cek pampasan RM23.4 juta

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 16 Feb: Seramai 70 pemilik tanah menerima cek pampasan tanah berjumlah RM23.4 juta daripada Kerajaan Sarawak hari ini susulan tanah masing-masing terlibat dalam projek pembangunan depot Transit Aliran Autonomi (ART) Sungai Batu di Santubong, di sini.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata nilai pampasan yang dibayar balik adalah berdasarkan penilaian dari Jabatan Tanah dan Survei Sarawak.

“Pampasan ini akan dinilai sewajarnya berdasarkan tanaman yang ada, struktur binaan jika ada dan saiz tanah yang terlibat mengikut nilai semasa.

“Bagi projek ini, sebanyak 81 cek kepada 70 orang penerima dengan jumlah pampasan RM 23,425,726.90,” katanya dalam Majlis Penyerahan Cek Pampasan Tanah Bagi Pengambilan Balik Tanah untuk Projek Pembangunan Pengangkutan Awam & Autonomopus Rapid Transit (ART) Sungai Batu di Santubong di sini, pada Khamis.

Awang Tengah menambah inisiatif berkenaan sekali gus memberikan kemudahan kepada rakyat agar tiada siapa yang merasakan dirinya ketinggalan daripada arus pembangunan.

Dalam masa sama, memetik Kanun Tanah Negeri Bab 81 dan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan, Awang Tengah berkata Kerajaan Sarawak tidak akan mengambil tanah rakyat yang terlibat dengan projek kerajaan secara percuma sebaliknya diambil berdasarkan kepada peruntukan sedia ada. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan