Search
Close this search box.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki. Foto fail Bernama

SPRM dapati ‘gelap mata’, tiada integriti punca rasuah

ByOdleen Catherny

KUCHING, 15 Feb: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan berdasarkan kajian pihaknya mendapati kegiatan rasuah berlaku kerana ‘gelap mata’ daripada peluang yang ada selain ketiadaan integriti.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menyifatkan SPRM ketika ini berada di fasa ‘cuci pinggan mangkuk’ dengan set, struktur, undang-undang dan cara baharu untuk menggalas peranannya dengan lebih agresif.

Nilai semasa dalam borang pengisytiharan harta akan digugurkan – Azam

“Untuk pencegahan, SPRM sekarang ini dipertanggungjawabkan melihat dari segi isu tadbir urus ataupun tatakelola, isu pegawai-pegawai awam termasuk juga ahli-ahli pentadbiran awam untuk diperbetulkan.

Dari segi visinya, ia perlu dipacu oleh seorang pemerintah iaitu Perdana Menteri,” katanya.

Azam berkata demikian ketika ditemu bual dalam program Dialog TVS bertajuk Integriti: Sejauh Mana Ketelusan Dinilai yang akan disiarkan pada 8.45 malam ini di saluran 122.

Azam dalam pada itu mendedahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim amat beriltizam tinggi berkaitan tiada sesiapa yang melakukan rasuah boleh terlepas daripada disiasat.

Azam sahkan disaman Daim

“Kepimpinan Perdana Menteri ketika ini, beliau kata, ‘teruskan sahaja (siasatan) kepada sesiapa yang terlibat, biarpun individu itu rakan saya, ahli kabinet saya, teruskan saja’ …dan ini adalah satu kehendak politik yang diperlukan oleh setiap negara,” ujarnya.

Azam mendedahkan fasa ‘cuci pinggan mangkuk’ SPRM ketika ini adalah kerana banyak isu yang tidak ditangani dengan betul membabitkan tempoh 1980-an hingga 2008.

Justeru itu, Azam meyakini rasuah gagal ditangani kerana sikap leka dengan kebendaan sehingga melupakan integriti.

SPRM tidak tolak kemungkinan akan ada lagi siasatan kes rasuah profil tinggi

“Jadi, saya rasa ketika itu, kemungkinan manusia di Malaysia ini mengejar kebendaan untuk mencapai kejayaan tanpa adanya integriti. Atau mereka ini bercakap tentang integriti sebagai hanya mainan mulut sahaja tetapi tidak masuk dalam jiwa. Ini yang kena diperbetulkan.

“Bukan senang sebenarnya untuk kita meningkatkan integriti manusia kerana manusia yang ada sifat untuk melakukan jenayah sukar untuk kita kawal, dia akan sentiasa cari jalan untuk melakukan kesalahan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan