Search
Close this search box.
Pengiraan keputusan Pilihan Raya 2024 di pusat mengundi (TPS) selepas tamat waktu mengundi. Foto David Andreas (TVS)

Prabowo-Gibran dahului keputusan awal Pemilu 2024 Indonesia

ByTVS

JAKARTA, 15 Feb: Gandingan Prabowo Subianto dan Gibran Rakabuming Raka dilaporkan mendahului keputusan awal tidak rasmi jawatan presiden dan naib presiden pada Pemilihan Umum (Pemilu) 2024 Indonesia semalam.

Keputusan itu dikeluarkan oleh enam institusi pengundian berdaftar yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (KPU) Indonesia.

Rakyat Indonesia keluar mengundi hari ini

Mengikut kiraan oleh Institut Kajian Penyelidikan dan Pembangunan (Litbang) Kompas, Prabowo dan Gibran meraih 58.73 peratus undian dan diikuti oleh pasangan Anies Baswedan dan Muhaimin Iskandar di tempat kedua dengan 25.10 peratus.

Ganjar Pranowo dan Mahfud MD pula setakat ini menerima 16.17 peratus undian menurut tinjauan berkenaan.

Sementara itu, menurut keputusan pengiraan pantas setakat pagi ini, sebanyak 39.8 peratus pusat mengundi selesai menjalankan kiraan.

Siapapun dipilih sebagai Presiden Indonesia, hubungan dengan Malaysia tetap kukuh – Duta

Keputusan itu juga mengesahkan gandingan Prabowo dan Gibran mendahului dengan 56.01 peratus undian manakala Anies dan Muhaimin dengan 24.56 peratus dan Ganjar dan Mahfud 19.43 peratus.

Ini berdasarkan keputusan di 38 wilayah di seluruh Indonesia.

Keputusan rasmi akan diumumkan dalam tempoh 30 hari.

Pemilu 2024 semalam menyaksikan rakyat Indonesia keluar memenuhi 820,161 tempat mengundi di seluruh negara untuk menunaikan tanggungjawab mereka. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan