Search
Close this search box.
Polis memberkas seorang guru dan bapa seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di sini berhubung kes mencabul dan membuat ugutan. Foto hiasan, Envato.

Polis tahan guru, bapa mangsa berhubung kes cabul dan ugutan minta wang

IPOH, 15 Feb: Polis memberkas seorang guru dan bapa seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di sini berhubung kes mencabul dan membuat ugutan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner (ACP) Yahaya Hassan berkata, pihaknya menerima laporan pada 12 Februari lalu daripada seorang pelajar berusia 14 tahun yang mendakwa dicabul guru lelaki sekolahnya.

Kata beliau, susulan laporan itu, polis memberkas guru berusia 59 tahun itu dan siasatan mendapati mangsa dicabul sebanyak lima kali antara Disember 2023 hingga Januari tahun ini.

“Pada 13 Februari (Selasa), polis menerima laporan daripada guru itu pula mengenai kes pemerasan oleh bapa mangsa bagi menyelesaikan kes (cabul) tersebut.

“Satu tangkapan kemudiannya dibuat terhadap bapa mangsa berusia 50 tahun yang bekerja pengawal keselamatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Yahaya, siasatan awal polis mendapati bapa mangsa mengesyaki guru itu telah melakukan gangguan seksual ke atas anaknya.

Katanya, bapa mangsa telah berjumpa dengan guru itu untuk menyelesaikan kes sambil meminta sejumlah wang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan Seksyen 384 Kanun Keseksaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan