Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew menyampaikan sumbangan kepada pesakit buah pinggang di Pusat Dialisis Bulan Sabit Merah Permyjaya, Miri. Foto TVS.

Pesakit buah pinggang meningkat di Miri, terap kesedaran awal dari sekolah

MIRI, 15 Feb: Jumlah pesakit buah pinggang di Miri meningkat kepada 300 orang merupakan isu yang tidak boleh dipandang mudah, kata Datuk Sebastian Ting Chiew Yew.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan itu mahu pendedahan awal terhadap penjagaan kesihatan terutama berkaitan komplikasi penyakit buah pinggang perlu dilakukan seawal di peringkat sekolah lagi.

“Kesedaran terhadap bahayanya penyakit seperti kencing manis serta komplikasi buah pinggang perlu didedahkan sejak peringkat sekolah lagi,” katanya pada Program Khidmat Sosial (CSR) Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di Miri, pada Khamis.

Dalam pada itu, Sebastian memuji usaha UKAS dengan menganjurkan program capaian CSR yang julung kali diadakan di luar Kuching.

Tambah Sebastian, program kemasyarakatan UKAS merupakan inisiatif yang seiring dengan inti pati inklusiviti Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030 Sarawak dalam memastikan tiada warga Sarawak yang tercicir dalam apa jua segmen termasuk kesihatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan