Search
Close this search box.
Datuk Seri Saifuddin Nasution pada Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat sempena Sambutan Hari Ulang Tahun ke-19 (HUT19) Maritim Malaysia di Masjid Mustaghfirin, Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) Kuantan malam tadi. Foto APMM.

Maritim Malaysia bertanggungjawab kawal perairan negara seluas 556,285 km persegi

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 15 Feb: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merupakan antara tonggak penting bagi menjaga keselamatan serta keamanan di zon perairan negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, seluruh rakyat Malaysia meletakkan harapan besar kepada Maritim Malaysia untuk mengawal perairan negara yang berkeluasan 556,285 kilometer persegi daripada segala ancaman jenayah di laut.

“Seluruh pegawai dan anggota Maritim Malaysia perlu sentiasa siap siaga memberikan khidmat dan bakti kepada negara kerana tugas dan tanggungjawab ini akan memperoleh ganjaran pahala daripada Allah SWT,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi ucapan ringkasnya pada Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat sempena Sambutan Hari Ulang Tahun ke-19 (HUT19) Maritim Malaysia di Masjid Mustaghfirin, Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) Kuantan malam tadi.

Seramai lebih 500 jemaah yang terdiri daripada pegawai dan anggota Maritim Malaysia telah hadir pada majlis tersebut.

Majlis dimulakan dengan sesi ceramah agama oleh Dr Ahmad Irfan Ikmal Hisham dari Universiti Malaysia Pahang, disusuli solat Maghrib dan solat hajat berjemaah serta bacaan Yasin dan doa selamat yang dipimpin Kapten Maritim Nik Kamaruddin Yunoh.

Turut hadir, Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin, Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia Laksamana Madya Datuk Saiful Lizan Ibrahim serta Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia Mohd Norzam Mustapa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan