Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail menyerahkan bantuan JKM kepada mangsa kebakaran di Kampung Bakol. Foto TVS

Mangsa kebakaran di Limbang terima bantuan menjelang Ramadan

LIMBANG,15 Feb: Mangsa kebakaran di Kampung Bakol di sini menerima bantuan berjumlah RM8,000 bagi meringankan beban mereka menjelang Ramadan yang bakal tiba.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata bantuan untuk tujuh penghuni itu merangkumi barangan dapur dan peralatan membina rumah, bantuan Baitulmal serta bantuan daripada kerajaan negeri serta Persekutuan.

Menurutnya kerajaan amat memahami masalah penduduk terutama mereka yang ditimpa musibah melalui pelbagai bantuan yang disediakan.

“Kita ada program kerajaan negeri dan juga kerajaan persekutuan, dan kita ada bantuan dibawah kerajaan negeri untuk mengganti sebuah rumah yang terbakar dengan kos yang ditetapkan RM70 ribu merangkumi tiga bilik, sebuah ruang tamu dan juga dapur.

“Manakala daripada Kerajaan Persekutuan,ada bantuan dibawah program dinamakan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT),” katanya.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi, Dan Pembangunan Wilayah berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan ke kediaman mangsa kebakaran di Kampung Bakol pada Khamis.

Dalam pada itu, Dr Abdul Rahman yang mewakili Kerajaan Sarawak turut bersimpati serta meminta mangsa kebakaran agar bersabar dan tabah menghadapi musibah berkenaan.

Dalam kejadian pada petang Selasa lepas tujuh penghuni membabitkan tiga keluarga terselamat namun tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman dua tingkat mereka ranap dalam kebakaran yang berlaku sekitar jam 3 petang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan