Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Aidel Lariwoo yang mewakili Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan perasmian Persidangan Antarabangsa Kejuruteraan UNIMAS Ke-15 2024 di Kuching, hari ini. Foto TVS

Teknologi, kejuruteraan memantapkan pembangunan holistik negeri

KUCHING, 14 Feb: Pembangunan negeri dan sosial perlu mengambil kira pelbagai aspek secara holistik termasuk peranan teknologi dan kejuruteraan bagi memenuhi keperluan rakyat di negeri ini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata dalam mencapai visi kemakmuran ekonomi, peningkatan asas kualiti hidup juga dipandang serius menerusi teknologi dan kejuruteraan.

“Dengan tema tahun ini ‘Cutting-Edge Research in Engineering, Built Environment & Technology’, bukan sekadar topik perbincanga.

“Ia adalah seruan yang jelas untuk kita menolak sempadan apa yang kita tahu, untuk berinovasi melangkaui konvensional dan untuk membina masa depan yang mampan, cekap dan responsif kepada keperluan masyarakat kita,” katanya.

Teks ucapan beliau dibaca oleh Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Aidel Lariwoo semasa majlis perasmian Persidangan Antarabangsa Kejuruteraan UNIMAS Ke-15 (EnCON) 2024 di sini, hari ini.

Menurutnya, menerusi persidangan itu, pandangan dan perkongsian sepanjang ia berlangsung dari 14 hingga 16 Februari boleh digunakan untuk memacu pembangunan Sarawak ke arah merealisasikan aspirasi negeri.

“Pandangan dan inovasi yang lahir daripada persidangan ini akan memacu pembangunan infrastruktur penting, daripada jalan raya dan jambatan kepada rangkaian digital yang merupakan tulang belakang ekonomi dan kehidupan seharian kita.

“Ia akan membawa kepada kemajuan dalam tenaga boleh diperbaharui, selaras dengan komitmen kami terhadap pembangunan mampan dan penjagaan alam sekitar,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan