Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Duta Besar Delegasi EU ke Malaysia Michalis Rokas pada EU - Malaysia Business Day 2024 di Kuching, hari ini. Regina Lee (TVS).

Sarawak sedia peluang pelaburan dalam ekonomi baharu

ByRegina Lee

KUCHING, 14 Feb: Sarawak menyediakan peluang pelaburan dalam ekonomi baharu seperti digital, hidrogen serta ekonomi hijau dan biru seiring dengan sasaran untuk mencapai sifar pelepasan karbon menjelang 2050.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata justeru, pelabur dari negara-negara dalam Kesatuan Eropah (EU) amat dialu-alukan untuk menanam modal di sini.

“Kami meletakkan diri kami sebagai hab tenaga dan boleh diperbaharui di rantau ini. Oleh yang demikian, Sarawak akan mengekalkan sekurang-kurangnya 60 peratus kapasiti penjanaan kuasa daripada sumber boleh diperbaharui menjelang 2030,” katanya semasa menyampaikan ucaptama di EU – Malaysia Business Day 2024 di sini, hari ini.

Menurutnya, Sarawak memanfaatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui untuk menjadi pengeluar dan pembekal tenaga hijau utama di rantau ini.

Katanya, Sarawak akan merealisasikan matlamat untuk membekalkan tenaga elektrik kepada Indonesia, Singapura dan Brunei menerusi Inisiatif Grid Kuasa Asean.

Kami akan terus meneroka tenaga biojisim daripada sisa dan membangunkan ladang solar dan angin hibrid untuk sasaran sifar bersih.

“Pada masa yang sama, kami memulakan pengeluaran Bahan Api Penerbangan Mampan (SAF) menggunakan mikroalga,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan