Search
Close this search box.
Kerajaan Sarawak berhasrat menarik kemasukan pelabur ke Sibu menerusi rancangan pembangunan semula bandar itu, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto, TVS.

Pembangunan semula Sibu bertujuan tarik pelaburan – Abang Johari

ByFebbright James

SIBU, 14 Feb: Perancangan pembangunan semula bandar ini oleh Kerajaan Sarawak bertujuan untuk menarik kemasukan pelabur sekali gus merancakkan pertumbuhan ekonomi, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, rancangan pembangunan yang dijangka mengambil masa sehingga 10 tahun itu akan melengkapkan Sibu dengan segala kemudahan infrastruktur.

Kata Abang Johari, beliau juga mahu memajukan sektor pekhidmatan di Sibu termasuk pelancongan.

“Dengan semua kemudahan yang ada (kelak), barulah orang luar akan datang ke Sibu termasuklah sektor kewangan yang akan mewujudkan sektor baharu ekonomi.

“Ketika ini aktiviti ekonomi di Sibu berasaskan sektor perkayuan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir ke majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina yang dianjurkan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Micheal Tiang Ming Tee di sini hari ini.

Sementara itu, Abang Johari Tun memaklumkan projek pembinaan Jalan Sibujaya-Kong Yit Kim dijangka siap hujung tahun ini.

Katanya beliau, pihaknya dimaklumkan bahawa projek tersebut mengalami sedikit kelewatan kerana sepatutnya siap pada Januari lepas.

Projek menaik taraf jalan raya berkembar sepanjang 6.75 kilometer (km) itu dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak melibatkan kos berjumlah RM95.65 juta. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan