Search
Close this search box.
Michael Tiang Ming Tee memaklumkan Premier Sarawak bersetuju meluluskan pembinaan lima jalan baru di Sibu. Foto: TVS

Lima jalan baharu akan dibina di Sibu

ByFebbright James

SIBU, 14 Feb: Kerajaan Sarawak bersetuju untuk membina lima jalan baharu di bahagian ini, kata Datuk Micheal Tiang Ming Tee.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak berkata, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah meluluskan projek berkenaan.

Pembangunan semula Sibu bertujuan tarik pelaburan – Abang Johari

Kata beliau, pembinaan akan melibatkan jalan besar di Lanang, Salim, Pelawan dan di Ulu Sungai Amang.

“Ini memang jalan baharu dan bukan projek pembesaran yang diluluskan dua tahun lalu melibatkan Jalan Lanang-Palawan, Bukit Assek- Amang, Jalan Oya dan Kampung Jeriah ke Pasai Siong,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Micheal Tiang menerima kunjungan Abang Johari ke majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjurannya.

Mengenai lima jaringan jalan raya baharu itu, beliau berkata, projek berkenaan akan menjadikan rangkaian jalan raya di Sibu semakin berkembang sekali gus memacu pertumbuhan bandar ini.

“(Projek lima jalan baharu) ini memerlukan tempoh sekurang-kurangnya dua tahun untuk tinjauan.

Sementara itu, Micheal Tiang berkata, beliau turut senada dengan Abang Johari bahawa Sibu memerlukan industri baharu dan tidak hanya bergantung kepada sektor pembalakan.

“Kita perlu mencari alternatif lain yang boleh terus membangunkan Sibu,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan