Search
Close this search box.
Pesawat ringan yang disahkan terhempas di Kapar Selangor hari ini berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) Subang. Foto fail, AFP.

Pesawat terhempas di Kapar berlepas dari LTSAAS, Subang – CAAM

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 13 Feb: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan sebuah pesawat ringan model BK 160 Gabriel dengan nombor pendaftaran I-POOC terhempas dekat Kapar, Selangor hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata, pesawat itu dikendalikan oleh Air Adventure Flying Club.

Pesawat ringan terhempas di ladang kelapa sawit di Kapar

Ujarnya, pesawat berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) Subang pada 1.28 petang bagi penerbangan rekreasi.

“Hubungan terakhir pesawat dengan pegawai kawalan trafik udara dilaporkan pada 1.35 petang, namun tiada panggilan kecemasan diterima,” katanya menerusi kenyataan media sebentar tadi.

Katanya, terdapat dua penumpang termasuk seorang juruterbang berada dalam pesawat tersebut namun keadaan kedua-dua mangsa masih belum dapat dipastikan setakat ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan