Search
Close this search box.
Seorang pekerja warga Myanmar ditemui mati di dalam ladang tembikai di Batu 7, Binjul, Kuala Ketil di Baling, kelmarin. Foto IPD Baling

Pekerja ladang tembikai mati ditikam rakan

BALING, 13 Feb: Seorang pekerja ladang tembikai warga asing ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman pada badan selepas berlaku pergaduhan dengan rakan senegaranya di Batu 7, Binjul, Kuala Ketil di sini kelmarin.

Mangsa warga Myanmar, Kyuk Sikay, 36, ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian berdekatan lubang tempat pembuangan sampah ladang itu pada kira-kira 7 pagi.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, kejadian itu disedari pengurus ladang warga tempatan selepas dimaklumkan oleh pekerjanya mengenai pergaduhan membabitkan dua orang.

Katanya, ladang itu menempatkan dua khemah pekerja yang mempunyai 12 pekerja warga asing.

“Pada sebelah malam kejadian, seorang pekerja menghantar pesanan suara melalui aplikasi WhatsApp memaklumkan ada orang bergaduh, namun mesej dibuka kira-kira pukul 7 pagi esoknya.

“Pengurus ladang kemudian menelefon penyelia dan diberitahu terdapat seorang telah mati, manakala kesemua pekerja telah lari,” katanya kepada pemberita hari ini.

Ujar beliau, pemeriksaan awal oleh Bahagian Forensik (D10), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah mendapati tujuh kesan tikaman pada hadapan badan dan dada mangsa selain satu kesan pada rusuk kiri dengan anggaran 1 ke 4 sentimeter.

“Unit Anjing Pengesan (K9) menjumpai lima pakaian disyaki ada kesan percikan darah yang direndam di dalam baldi di belakang khemah pekerja.

“Pasukan khas sedang mengesan suspek, manakala pengurus ladang ditahan bersangkut kes ini dan menggaji pekerja asing tanpa permit,” katanya lagi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan