Search
Close this search box.
Kepulan asap di kawasan Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza. Foto AFP.

Pakistan kecam pencerobohan Israel di Gaza

ByBernama

NEW DELHI, 13 Feb: Pakistan mengecam pencerobohan tentera Israel di bandar Rafah, Gaza, yang jelas mengingkari perintah mahkamah antarabangsa baru-baru ini supaya tidak melakukan genosid terhadap rakyat Palestin.

“Serangan Israel di Rafah melanggar langkah sementara yang dikeluarkan Mahkamah Keadilan Antarabangsa bagi melindungi penduduk Gaza.

“Tindakan itu akan memburukkan lagi krisis kemanusiaan yang telah berlanjutan sejak empat bulan lalu dan menjejaskan usaha berterusan terhadap potensi gencatan senjata,” menurut kenyataan Kementerian Luar Pakistan pada Isnin.

Pakistan menggesa masyarakat dunia dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengambil langkah segera menamatkan pencerobohan dan jenayah berterusan terhadap kemanusiaan yang dilakukan rejim Israel.

Ancaman Israel untuk meluaskan serangan tenteranya ke Rafah berhampiran sempadan Mesir telah menimbulkan kebimbangan di seluruh dunia.

Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan menuduh Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu meniru perbuatan pemimpin Nazi Adolf Hitler dan melanggar batas kekejaman pembunuhan beramai-ramai di Palestin.

“Walaupun kuasa Barat secara terbuka menggesa Israel menghentikan keganasan, mereka menutup mata terhadap kekejaman Netanyahu dengan berselindung di sebalik alasan Hamas,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan