Search
Close this search box.
Bank Negara Malaysia. Foto Bernama.

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM

ByBernama

KUALA LUMPUR, 13 Feb: Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM27.15 bilion dalam sistem konvensional dan RM26.33 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional bernilai RM500 juta untuk tujuh hari dan 14 hari.

BNM akan turut menjalankan dua tender Qard, iaitu tender bernilai RM700 juta untuk tujuh hari dan tender bernilai RM1.5 bilion untuk 14 hari serta dua tender repo berbalik bernilai RM1 bilion untuk 29 hari dan 90 hari.

Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM28.1 bilion dan RM24.1 bilion untuk tender semalaman Murabahah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan