Search
Close this search box.
Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid bercakap kepada pemberita di lobi Istana Kehakiman pada 9 Februari. Foto Bernama

Ugutan bunuh: Tiga laporan polis diterima daripada Nik Elin Zurina

ByBernama

KUALA LUMPUR, 12 Feb: Polis mengesahkan telah menerima tiga laporan daripada peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid berhubung ugutan jenayah dan bunuh yang diterimanya dalam media sosial susulan tindakan beliau memfailkan petisyen di mahkamah berkaitan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Satu kertas siasatan telah dirujuk ke Jabatan Peguam Negara untuk arahan lanjut manakala dua lagi masih dalam siasatan. Polis juga telah meminta bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk mengenal pasti pemilik akaun media sosial yang terlibat,” katanya.

Pada masa sama, Allaudeen menasihati orang ramai agar tidak mengeluarkan kenyataan berunsur ugutan di media sosial kerana mereka boleh disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Nik Elin Zurina ketika menjadi tetamu di sebuah program audio siar mendedahkan beliau menerima banyak ugutan jenayah termasuk mahu disembelih susulan tindakannya mencabar peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 di Mahkamah Tinggi Persekutuan.

Pada Jumaat lepas, Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 8-1 memutuskan bahawa 16 daripada 18 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 adalah terbatal dan tidak sah.

Mahkamah Persekutuan membuat keputusan itu dalam petisyen yang dikemukakan oleh Nik Elin Zurina dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Abdul Rahman bagi mencabar isu perlembagaan untuk membatalkan 18 peruntukan kesalahan di bawah enakmen berkenaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan