Search
Close this search box.
Kehadiran Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir Yusuf Abd Wahab (kanan), melambangkan hubungan erat antara kedua-dua pemimpin. Foto UKAS

Hubungan erat SUPP-PBB manfaat besar untuk rakyat

BINTANGOR, 12 Feb: Jalinan kerjasama erat antara Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Meradong merupakan tunjang utama perjuangan parti yang memberi manfaat besar kepada pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, hubungan yang terjalin bukan sahaja membolehkan setiap program berjalan lancar tetapi juga memudahkan wakil rakyat melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

GPS katanya, adalah sebuah parti yang kukuh dan kestabilan itu diperteguhkan lagi melalui wujudnya pemuafakatan antara ahlinya terutama di peringkat akar umbi.

“Saya berharap jalinan kerjasama antara Parti SUPP Dan PBB akan terus kukuh dan diteruskan pada masa akan datang kerana cuma parti GPS saling memberi sokongan antara satu sama lain demi keutamaan rakyat,” katanya pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina di Dewan Masyarakat Bintangor, semalam.

Program turut dihadiri Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir Yusuf Abd Wahab.

Dalam perkembangan berkaitan, Dewan Masyarakat Bintangor kini memiliki kelengkapan yang lebih moden dan selesa hasil usaha kerajaan menaiktaraf kemudahan itu melalui Projek Transformasi Luar Bandar (RTP).

Kuong Hiing berkata, lebih menggembirakan apabila projek keseluruhannya bernilai RM227,000 yang diseliakan sepenuhnya oleh Majlis Daerah Meradong dan Julau (MDMJ) itu, siap lebih awal daripada tarikh yang dicadangkan.

“Ini terbukti Kerajaan Sarawak di bawah pucuk pimpinan Premier Sarawak, sentiasa berusaha menyediakan kemudahan yang terbaik dan prihatin dengan keperluan rakyat dengan memperuntukkan dana yang besar melalui pelaksanaan projek RTP,” ujarnya.

Pada majlis yang sama, Timbalan Menteri Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS yang juga ADUN Semop, Datuk Abdullah Saidol, turut menyumbangkan 200 biji kek lapis untuk disajikan kepada tetamu yang hadir.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan