Search
Close this search box.
Polis menahan seorang lelaki warga Bangladesh selepas didapati memandu kereta secara melawan arus di Kilometer 26.5 Jalan Johor Bahru-Mersing yang tular di media sosial semalam. Foto, PDRM dan media sosial.

Lelaki Bangladesh ditahan memandu kereta secara lawan arus

ByNina Azman

KOTA TINGGI, 11 Feb: Seorang lelaki warga Bangladesh ditahan polis selepas didapati memandu kereta secara melawan arus di Kilometer 26.5 Jalan Johor Bahru-Mersing.

Kejadian itu yang dirakam pengguna media sosial turut tular sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, suspek berusia 43 tahun itu ditahan pukul 3.15 petang di kawasan hentian bas Kota Tinggi.

“Video itu menunjukkan sebuah kereta Nissan Almera dipandu secara melawan arus yang berbahaya kepada keselamatan pemandu lain,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Hussin berkata, siasatan mendapati suspek tidak memiliki lesen memandu manakala saringan ujian air kencing yang dilakukan terhadapnya mendapati negatif dadah.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan