Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Datuk Ibrahim Baki melakukan simbolik perasmian semasa Majlis Berkhatan Beramai-Ramai Untuk Golongan B40 Dan Tidak Berkemampuan N8 Satok di Dewan Anak Seni Kampung Bandarsah di Kuching pada Ahad. Foto: TVS

Kos mahal cecah RM300, ada yang bersunat pada usia 15 tahun

KUCHING, 11 Feb: Kos bersunat yang mahal hingga mencecah hingga RM300 seorang menyebabkan keluarga yang kurang kemampuan lewat melaksanakan kewajipan berkenaan untuk anak lelaki mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Datuk Ibrahim Baki berkata, beliau dimaklumkan ada kanak – kanak lelaki yang hanya bersunat pada usia 15 tahun kerana keluarga tidak mampu.

Memahami kesukaran dihadapi penduduk di kawasan yang diwakilinya, Ibrahim berkata, Pusat Khidmat ADUN Satok menganjurkan majlis berkhatan beramai – ramai secara percuma kepada keluarga B40 di sini.

“Seramai 70 orang kanak – kanak keluarga B40 terlibat dalam program hari ini.

“Kami juga membiayai kos rawatan selepas bersunat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir program berkenaan di Dewan Anak Seni Kampung Bandarsah di Kuching pada Ahad.

Program turut mendapat kerjasama daripada Biro Kebajikan dan Persatuan Penolong Perubatan Cawangan Kuching. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan