Search
Close this search box.
Seorang anggota polis maut apabila kereta dipandunya terbabas selepas dipercayai melanggar seekor ular sawa di Kilometer 311.5 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Tapah awal pagi tadi. Foto: TVS

Anggota polis maut selepas kereta langgar ular sawa

IPOH, 11 Feb: Seorang anggota polis terkorban apabila kereta dipandunya terbabas selepas melanggar seekor ular sawa di Kilometer 311.5 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Tapah awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.20 pagi itu, mangsa, Wan Muhammad Mohd Rodzlad, 36, meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah.

Sumber berkata, pasukan Peronda Labuh Raya (EMPV) Ipoh-Tapah yang membuat rondaan telah menerima panggilan berhubung kejadian itu sebelum bergegas ke lokasi.

“Ketika pasukan tiba, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta jenis Honda Civic telah melanggar seekor ular sawa di lorong kanan.

“Kereta telah terbabas dan melanggar penghadang jalan di sebelah kiri, manakala mangsa meninggal dunia di lokasi,” katanya hari ini.

Ujar beliau, kejadian tersebut berlaku semasa keadaan cuaca baik di laluan lurus menurun.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd Naim Asnawi ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan