Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebahagian kanak-kanak yang menyertai program berkhatan di Samariang hari ini. Foto, TVS.

21 kanak – kanak sertai Program Sunathon Perdana Taman Sukma

KUCHING, 11 Feb: Program Sunathon Perdana anjuran Majlis Ikhwanul Islam dan Taman Sukma berjaya membantu 21 kanak – kanak keluarga kurang berkemampuan untuk bersunat, kata Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Hubungan Negeri-Persekutuan) berkata walaupun majilis berkenaan dianjurkan secara sederhana, namun ianya cukup bermakna.

Kos mahal cecah RM300, ada yang bersunat pada usia 15 tahun

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang itu berkata, penganjuran program tersebut dikhususkan kepada kanak – kanak lingkungan usia tujuh hingga 12 tahun daripada golongan B40 untuk bersunat.

“Ini merupakan satu program kemasyarakatan yang patut kita laksanakan dan hari ini kita gunakan masjid sebagai tempat berkhatan.

“Oleh itu kita imarahkan masjid dengan menganjurkan program yang berfaedah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis itu Masjid Ikhwanul Islam di sini hari ini.

Sementara itu, Sharipah Hasidah turut memaklumkan, dewan di masjid berkenaan akan dilengkapi dengan kemudahan lebih lengkap dan terkini pada tahun ini.

“Dana untuk hiasan dalaman sudah diluluskan dan kita akan usaha siapkan pada Jun depan,” katanya.

Beliau memaklumkan, peruntukan berjumlah lebih RM5 juta itu diluluskan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerusi projek rakyat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan