Search
Close this search box.
Perhiasan naga gergasi berlampu sepanjang 112.17 meter dipasang menghiasi laluan masuk ke Tokong Cheng Wah Keong sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2024. Foto hiasan Bernama.

Tahun Naga bawa ‘ong’ kepada Sarawak

ByDouglas Elliot

KUCHING, 10 Feb: Tahun Naga dalam kalendar zodiak Cina dipercayai membawa limpahan rezeki dan keberkatan berikutan menurut kepercayaan masyarakat Cina, haiwan mitos itu dikaitkan dengan tuah dan simbol kekayaan.

Pakar Feng Shui, Dato Paduka Master Koh, optimis Tahun Naga Kayu kali ini akan terus membawa tuah dan kesejahteraan buat Sarawak.

“Tahun Naga Kayu juga akan membawa banyak berita baik kepada Sarawak.

“Pada tahun ini, saya meramalkan bahawa Sarawak akan menjadi negeri yang mendahului negeri lain di Malaysia baik dalam bidang ekonomi atau keharmonian,” katanya ketika ditemui TVS baru-baru ini.

Master Koh mengaitkan ‘tuah’ Sarawak pada tahun ini dengan perancangan strategik oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang melakukan pelaburan bijak dalam sektor-sektor berunsur elemen api seperti industri kimia dan tenaga yang boleh melonjakkan lagi kedudukan ekonomi Sarawak.

“Sesetengah industri tertentu akan menjadi sangat popular seperti kimia, elektrikal dan elektronik, solar dan perubatan. Semua industri ini tergolong dalam apa yang dipanggil ‘Tempoh Sembilan’.

“Sejak awal lagi Premier kita telah membangunkan pelbagai jenis loji kimia dan apabila ia beroperasi dalam ‘Tempoh Sembilan’ ini, Sarawak akan dapat menikmati limpah kekayaan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, pakar Feng Shui itu turut memberitahu Bahagian Kuching dan Bintulu akan mempunyai ‘nasib’ yang cemerlang pada tahun naga ini.

“Tempoh Sembilan’ akan berlangsung selama 20 tahun bermula tahun ini dan bahagian Selatan Sarawak akan menjadi sangat bertuah.

“Bandaraya Kuching akan menjadi bahagian yang kaya dan paling kuat sepanjang ‘Tempoh Sembilan’ ini,” katanya lagi.

Selain sektor tenaga, bidang lain dalam unsur ‘api’ seperti industri tenaga alternatif, kereta elektrik, kecerdasan buatan (AI) dan data raya akan terus berkembang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan