Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Sri Fauziah Mohd Sanusi mengadakan kunjungan ke kediaman Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng sempena sambutan Tahun Baru Cina, pada Sabtu Foto TVS.

Perpaduan rakyat, menjulang Sarawak di persada dunia – Wee

KUCHING, 10 Feb: Perpaduan dalam kalangan rakyat akan meletakkan nama Sarawak di persada dunia, kata Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng.

Wee berkata perkara itu dapat disaksikan oleh rakyat sendiri dengan setiap pencapaian yang telah dikecapi oleh Sarawak menerusi kemasukan pelaburan selama ini.

Menurutnya, Kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg juga diyakini terus memacu Sarawak sebagai sebuah negeri maju dan berpendapatan tinggi.

Oleh itu, Wee menyeru agar masyarakat Sarawak agar terus menyokong kepimpinan kerajaan dalam usaha membawa pembangunan dalam negeri ini.

“Jadi kita sebenarnya nampak sekarang banyak pelaburan masuk.

“Ini adalah hasil Sarawak kita, kita telah meletakkan nama tanah air kita di seluruh dunia kerana tahun ini pemimpin kita telah pergi ke banyak negara,” katanya ketika ditemui pemberita semasa menyambut perayaan Tahun Baru Cina di kediamannya di Kuching pada Sabtu.

Terdahulu, Wee menerima kunjungan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Sri Fauziah Mohd Sanusi sempena sambutan Tahun Baru Cina.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan