Search
Close this search box.
Menteri Perpaduan Negara, Dato Sri Aaron Ago Dagang. Foto fail TVS

Perayaan berbilang kaum, tradisi unik di Malaysia – Aaron

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 10 Feb: Menteri Perpaduan Negara,Datuk Seri Aaron Ago Dagang mengakui perayaan yang disambut oleh setiap masyarakat mencerminkan tradisi unik yang wujud di Malaysia.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar seluruh rakyat terus mempertahankan tradisi masing-masing meskipun dalam kepelbagaian agar terus dinikmati oleh generasi akan datang.

“Memang bagus dari sudut perpaduan kita meraikan perayaan. Bagi Kementerian Perpaduan, perayaan adalah ini menunjukkan bahawa kita menghormati, mengiktiraf kepelbagaian kaum dan budaya.

“Sambutan Tahun Baharu Cina merupakan program utama kami (Kementerian Perpaduan) diraikan secara besar-besaran. Kementerian berterima kasih kepada negeri yang menganjurkan acara seperti ini,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, di sini hari ini.

Majlis julung kali diadakan itu telah dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Sri Fauziah Mohd Sanusi.

Hadir sama, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan ketiga-tiga Timbalan Premier Sarawak; Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Majlis hari ini dihadiri sekitar 5,000 pengunjung daripada pelbagai lapisan bangsa, agama dan umur. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan