Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Sarawak 2024, di Pusat Konvensyen Borneo Kuching hari ini. Kredit: TVS

Penyatuan rakyat, tunjang pembangunan Sarawak – Dr Sim

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 10 Feb: Penyatuan rakyat merupakan tunjang kepada pembangunan negeri,  kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Beliau yang memetik perutusan Tahun Baru Cina 2024 Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, justeru itu  berharap agar ‘Tahun Naga’ ini dapat melonjakkan ekonomi Sarawak.

“Ekonomi kita mempunyai 60 tahun untuk mencapai RM 171 bilion bagi Keluaran dalam negara kasar (KDNK) dan dalam tempoh enam tahun akan datang kita perlu mempunyai KDNK untuk mencapai RM 282 bilion.

“Pada masa itu, setiap isi rumah akan merasai manfaatnya dan melihat perjalanan ke hadapan memerlukan semua rakyat Sarawak untuk bersatu kerana ini adalah masa untuk pembangunan bagi negeri ini,” katanya kepada pemberita ketika Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Sarawak 2024, di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di sini, hari ini.

Dalam pada itu, bercakap berkaitan penurunan hak autonomi kepada Sarawak, Dr Sim menjelaskan banyak lagi perkara yang perlu dilaksanakan terutama bidang pendidikan dan kesihatan anak Sarawak yang merupakan antara matlamat Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

Manakala berhubung majlis hari ini, Dr Sim berkata rumah terbuka julung kali diadakan itu telah dihadiri oleh pelbagai lapisan mayarakat dari sekitar Kuching.

“Ini mencerminkan kepelbagaian yang ada dalam negeri kita dan ia sangat penting bagi kita membangunkan negeri ini bersama,” ujarnya.

Majlis yang berlangung dari jam 9 pagi hingga 3 petang itu menyaksikan sekitar 5000 pengunjung yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat, bangsa dan agama. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan