Search
Close this search box.
Dari kiri: Mastura Othman Abdullah, Pierre dan Nurhayatul Dahlia Amir Hamzah ketika ditemui pemberita ketika Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Sarawak 2024, di Pusat Konvensyen Borneo Kuching hari ini. Kredit: TVS

Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di BCCK meriah, pengunjung teruja

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 10 Feb: Pengunjung teruja hadir ke Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2024 Peringkat Negeri Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, hari ini.

Pelancong dari Perancis, Pierre menzahirkan kegembiraannya kerana baginya kemeriahan majlis rumah terbuka itu turut mencerminkan budaya Sarawak yang menarik.

“Bagi saya sambutan rumah terbuka ini merupakan idea yang bernas dan saya berkesempatan dapat menikmati makanan yang lazat di sini,” katanya ketika ditemui pemberita ketika Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Sarawak 2024, di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, pad Sabtu.

Ditanya berhubung pengalamannya pertama di Sarawak, Pierre berkata dirinya amat menyukai Kuching, Sarawak kerana rakyatnya yang sangat mengalu-alukan kedatangan pelancong dan pelbagai tempat yang menarik di sini sekali gus membuatkannya akan melawat Sarawak lagi pada masa akan datang.

Sementara itu, bagi suri rumah, Mastura Othman Abdullah, kemeriahan rumah terbuka itu seolah-olah mempelawa dirinya untuk terus datang berkunjung ke rumah terbuka perayaan lain selepas ini.

“Setakat ini, majlis rumah terbuka ini meriah sambutannya dan tempat yang sesuai bagi kami yang datang dari keluarga besar. Di sini juga terdapat ruang untuk anak kecil kami bermain dan bergerak secara bebas,” katanya.

Turut senada pelajar Sekolah Kebangsaan Tabuan Hilir, Nurhayatul Dahlia Amir Hamzah yang menyukai suasana rumah terbuka yang julung kali diadakan di sini.

“Bagi saya, ia sangat meriah dan saya berasa gembira dapat menghadiri acara sebegini,” katanya.

Majlis yang berlangung dari jam 9 pagi hingga 3 petang itu menyaksikan sekitar 5,000 pengunjung yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat, bangsa dan agama hadir. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan