Search
Close this search box.
Keadaan kenderaan mangsa yang terlibat kemalangan di kilometer (km) 80, Selangau, Jalan Sibu-Bintulu pada petang Khamis. Foto IPD Mukah.

Pengawal keselamatan maut, motosikal dirempuh pikap

MUKAH, 9 Feb : Seorang pengawal keselamatan meninggal dunia dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di kilometer (km) 80, Selangau, Jalan Sibu-Bintulu, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superitendan Muhamad Rizal Alias berkata insiden kira-kira 6.30 petang itu mengakibatkan mangsa, Mampun Lu, 61, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Polis menerima panggilan kecemasan pada 6.48 petang sebelum mengarahkan sepasukan anggota ke lokasi untuk melakukan siasatan.

“Insiden berlaku ketika pacuan empat roda (pikap) dan motosikal mangsa bergerak di laluan yang sama dari arah Bintulu.

“Siasatan awal polis mendapati, kemalangan berlaku apabila pacuan empat roda yang bergerak lurus di lorong kanan itu melanggar belakang motosikal mangsa yang secara tiba-tiba mengubah haluan jalan dari lorong kiri ke lorong kanan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rizal berkata, akibat kemalangan itu mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Klinik Kesihatan Selangau kerana cedera parah di bahagian kepala.

Sementara itu katanya, pemandu pikap berusia 51 tahun dan seorang penumpang tidak mengalami kecederaan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Mukah sebagai tindakan susulan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan