Search
Close this search box.
Meskipun gagal menempah tempat ke Sukan Olimpik Paris 2024, pencapaian cemerlang ratu terjun negara Dato Pandelela Rinong sebelum ini masih tetap menjadi kebanggaan Sarawak.

Sarawak tetap bangga dengan Pandelela meskipun gagal ke Olimpik Paris 2024

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 8 Feb: Meskipun gagal menempah tempat ke Sukan Olimpik Paris 2024, pencapaian cemerlang ratu terjun negara Dato Pandelela Rinong sebelum ini tetap menjadi kebanggaan Sarawak.

Menteri Belia Sukan Dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata seseorang atlet mempunyai jangka hayatnya untuk bersinar dan Pandelela sudah membuktikan keupayaannya dengan mengharumkan nama negara.

Menteri Belia Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah semasa sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Saberkas Negeri Sarawak Ke-57 di sini, hari ini. Foto TVS

“Saya sangat berbangga terhadap pencapaian beliau meskipun tidak layak untuk menempah slot ke Sukan Olimpik terakhir baginya, tetapi pada usia 31 tahun beliau harus menerimanya dengan hati terbuka.

“Dan selain daripada itu ekoran beliau pernah mengharumkan nama negara, menerusi atlet ini Malaysia memperoleh pingat dari sukan terjun ini, dia pungut pingat gangsa dan pingat perak dan oleh sebab itulah kolam akuatik renang berhampiran Stadium Sarawak kita namakan sempena dengan nama beliau,” katanya.

Abdul karim berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Saberkas Negeri Sarawak Ke-57 di sini, hari ini.

Dalam pada itu ditanya adakah Sarawak mempunyai hasrat untuk membawa pulang ratu terjun negara itu kembali menabur bakti sebagai jurulatih di negeri ini, beliau berkata ia terserah kepada tuan empunya badan.

“Pandelela mempunyai semua kelayakan itu, tetapi sudah tentu kita mahu beliau terlibat sama dalam pembanguan sukan terjun sekali gus membantu melahirkan jaguh sukan dari negeri ini,” katanya.

Gandingan Pandelela dan Nur Dhabitah Sabri gagal dalam usaha merebut tiket ke Sukan Olimpik Paris apabila menduduki tempat ke-12 dalam acara terjun 10 meter platform seirama pada Kejohanan Akuatik Dunia (WAC) di Doha, Qatar baru-baru ini.

Sebelum itu, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016 itu turut terlepas tiket ke Paris dalam acara kegemarannya 10 meter platform individu selepas menamatkan saingan di tempat ke-29 dengan mengumpul 231.15 mata. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan