Search
Close this search box.
Bank Negara Malaysia berkata paras rizab negara memadai untuk membiayai 5.4 bulan import barangan dan perkhidmatan dan satu kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. Foto Faitullah Morni (TVS)

Rizab antarabangsa BNM berjumlah US$114.8 bilion pada 31 Jan, 2024

KUALA LUMPUR, 8 Feb:  Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$114.8 bilion pada 31 Jan, 2024.

Rizab antarabangsa berjumlah US$115.1 bilion (US$1=RM4.71) pada 15 Jan, 2024.

Bank pusat berkata paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.4 bulan import barangan dan perkhidmatan dan satu kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

“Paras rizab ini telah mengambil kira perubahan suku tahunan bagi penilaian semula pertukaran asing,” kata BNM dalam satu kenyataan hari ini.

Komponen utama rizab antarabangsa meliputi rizab mata wang asing berjumlah US$102.2 bilion, diikuti paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa ((US$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (US$5.8 bilion), emas (US$2.6 bilion) dan aset rizab lain (US$2.8 bilion).

Jumlah aset berjumlah RM632.12 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab lain, termasuk SDR (RM527.17 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM13.01 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.23 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM24.41 bilion), tanah dan bangunan (RM4.13 bilion) dan aset-aset lain (RM62.18 bilion).

BNM berkata modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM187.03 bilion), mata wang dalam edaran (RM166.71 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM169.29 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM5.08 bilion), deposit lain (RM38.99 bilion), kertas Bank Negara (RM31.68 bilion), peruntukan SDR (RM29.74 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM3.52 bilion). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan