Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Januari 2024 mencatat rekod sebagai bulan paling panas dalam sejarah dengan suhu mencecah 13.14 darjah Celsius (°C). Foto hiasan: Envato

Eropah: Januari 2024 rekod suhu terpanas dalam sejarah

ByBernama

ANKARA, 8 Feb: Januari 2024 mencatat rekod sebagai bulan paling panas dalam sejarah dengan suhu mencecah 13.14 darjah Celsius (°C), menurut kenyataan Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus Kesatuan Eropah (C3S).

Bacaan suhu berkenaan 0.70 °C lebih tinggi daripada 1991 hingga 2020 dan 0.12°C lebih panas daripada Januari 2020, lapor Agensi Anadolu.

“Ini adalah bulan kelapan paling panas pernah direkodkan bagi bulan masing-masing dalam setahun,” menurut kenyataan itu.

Januari 2024 juga lebih lembap di kebanyakan bahagian Eropah, terutamanya ribut melanda utara dan barat daya Eropah manakala Sepanyol, wilayah Maghreb, selatan United Kingdom, Ireland, timur Balkan dan kebanyakan tempat di Scandinavia lebih kering. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan