Search
Close this search box.
Sebuah kereta dinaiki empat sekeluarga hangus dijilat api selepas terbabas di Kilometer 60, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur arah selatan dekat Tapah, hari ini. Foto JBPM

Dua terkorban kereta dinaiki empat sekeluarga terbakar

IPOH, 8 Feb: Seorang wanita warga emas rentung, manakala seorang kanak-kanak lelaki enam tahun yang melecur meninggal dunia di hospital apabila kereta dinaiki mereka terbakar selepas terbabas di Kilometer 60, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur arah selatan dekat Tapah hari ini.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd Naim Asnawi berkata, polis menerima maklumat orang awam berhubung kejadian itu kira-kira pukul 5.25 pagi yang melibatkan sebuah kereta.

Katanya, insiden berkenaan dipercayai berlaku apabila kereta dinaiki empat individu termasuk dua kanak-kanak tersebut terbabas sendiri sebelum dijilat api.

“Seorang wanita 65 tahun maut di tempat kejadian, manakala wanita 36 tahun dan kanak-kanak lelaki enam dan 10 tahun melecur teruk pada badan.

“Namun, kira-kira pada 2.15 petang tadi, mangsa berumur enam tahun yang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh bersama yang lain telah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar beliau, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes dari Bahagian dan Siasatan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah, Inspektor Mohd Faizan Ahmad@Mohammed Razikin di talian 013-208 7919. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan